suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Minta Kerajaan Myanmar Tangani Konflik Di Rakhine

PUTRAJAYA: Malaysia menyeru kerajaan Myanmar supaya mengambil tindakan perlu bagi menangani penghapusan etnik yang didakwa berlaku di Rakhine, sebuah negeri di utara negara itu.

Kementerian Luar Malaysia berkata ia akan memanggil duta besar Myanmar di Malaysia untuk menghadap bagi menyampaikan kegusaran Kerajaan Malaysia tentang isu itu.

Katanya, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pula akan mengadakan perjumpaan dengan Kaunselor Negara dan Menteri Luar Myanmar Daw Aung San Suu Kyi dalam tempoh secepat mungkin.

"Malaysia menyeru semua pihak yang terlibat dalam keganasan terbaru supaya mengelak daripada mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan," kata kementerian itu dalam kenyataan di sini Jumaat.

Menurut kenyataan itu, Malaysia mengutuk keganasan dahsyat yang berlaku di Rakhine sejak beberapa bulan lepas dan mengorbankan nyawa mereka yang tidak bersalah serta menyebabkan banyak penduduk terpaksa melarikan diri dari kampung halaman masing-masing.

Rohingya, Malaysia, Myanmar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Geng Muruku Tumpas

Artikel Lain