suria

Mayat Lelaki Leher Dililit Tali Dijumpai

SUNGAI PETANI: Mayat lelaki yang diikat pada batu dan lehernya dililit tali dijumpai di tebing sungai berdekatan Kuil Subramaniam di pekan lama dekat sini, Selasa.

Ketua Polis Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata mayat itu, yang hanya berseluar pendek biru dan identitinya belum dikenal pasti, ditemukan dalam keadaan terlentang oleh orang ramai kira-kira tiga meter dari tebing sungai berlumpur itu pada 12.26 tengah hari.

"Separuh badannya berada di dalam air dan mayatnya dalam keadaan reput...dia dipercayai mati dua hingga tiga hari lalu. 

"Tangan kirinya sudah reput dan menampakkan tulang dipercayai akibat dimakan binatang," katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Kes itu disiasat sebagai mati mengejut hingga keputusan bedah siasat diketahui kelak. - Bernama

Artikel Lain