suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M Menuju Dataran Merdeka

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah kembali ke tanahair dan akan menyertai perhimpunan Bersih 5 di ibu negara.

Pembantunya, Sufi Yusof berkata, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menghadiri persidangan di Sudan telah tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang pada 12.30 tengah hari.

"Beliau turun dari pesawat dengan memakai kemeja-t kuning Bersih 5 di lapisan atas kemeja putih berkolarnya.

"Beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sekarang," kata Sufi.

Difahamkan, bersama Dr Mahathir adalah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Pada Rabu, Dr Mahathir menerusi video mengajak rakyat Malaysia menyertai perhimpunan itu.

Tahun lalu, Dr Mahathir menyertai Bersih 4 bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Artikel Lain