suria

Tiga Kereta Rosak Akibat Tertimbus Tanah Runtuh

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Tiga buah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran sebuah bukit dekat Taman Bukit Cheras di sini rosak ditimbus tanah runtuh dalam kejadian pagi Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah Skein Citbanchong Wee San ketika mengesahkan kejadian itu berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian kira-kira 3.24 pagi itu.

"Kejadian dipercayai berlaku selepas berlaku pergerakan tanah cerun bukit akibat hujan lebat awal pagi ini. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

Beliau berkata enam anggotanya dikerahkan ke tempat kejadian untuk memantau keadaan awal pagi tadi setelah menerima laporan daripada penduduk di taman terbabit.

Menurutnya bomba menyerahkan kepada pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kerja Raya untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

kereta rosak, tanah runtuh

Artikel Sebelum

Jamal Direman Empat Hari

Artikel Berikut

Artikel Lain