suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

G25 Sertai Perhimpunan Bersih 5

KUALA LUMPUR: Ahli Kumpulan Tokoh Melayu Profesional (G25) menyertai perhimpunan Bersih 5 di sini, Sabtu.

"Ya kami sudah ada dalam perhimpunan ini. Kami turut mengedarkan risalah untuk menunjukkan sokongan terhadap tuntutan Bersih," kata jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin.

Beliau berkata, risalah bertajuk “Malaysia must restore good governance for social and economic stability,” menekankan pendirian G25 mengenai keperluan untuk melakukan pembaharuan institusi.

Noor Farida berkata seramai 14 anggotanya menyertai perhimpunan itu.

G25 menyenaraikan empat perkara utama yang perlu ditangani kerajaan iaitu menegakkan demokrasi berparlimen dan Rukunegara, mewujudkan kerajaan yang bersih dan cekap, pembaharuan dalam institusi utama dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan.

G25, Bersih 5

Artikel Lain