suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bersih 5: Penjaja Ambil Kesempatan Berniaga

KUALA LUMPUR: Beberapa penjaja dilihat mengambil kesempatan sempena kehadiran orang ramai ke perhimpunan Bersih 5 dan Baju Merah pada awal pagi Sabtu untuk menjual produk mereka.

Ada diantara mereka membuka gerai menjual minuman, vuvuzela dan barangan lain di sepanjang Jalan Tun Perak.

Polis membina sekatan di beberapa laluan menuju ke Dataran Merdeka, lokasi utama yang disasarkan peserta Bersih 5.

Polis berkata mereka akan menutup laluan tersebut sehingga pukul 7 petang Sabtu.

Aliran trafik di 58 laluan di tujuh kawasan di ibu negara akan  dilencongkan dari Dataran Merdeka.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata laluan terlibat adalah Brickfields (Little India), Muzium Negara dan Masjid Negara; Sogo dan Dataran Merdeka; Parliament House dan Bank Negara; Pudu Sentral dan Pasar Seni; Pusat Dagangan Dunia Putra dan Chow Kit.

peniaga, Bersih 5

Artikel Sebelum

Artikel Lain