suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Silibus Subjek Alam Sekitar Sedang Dirangka

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang merangka silibus mata pelajaran pendidikan alam sekitar bersama Kementerian Pendidikan sebagai subjek elektif di sekolah.

Timbalan Menterinya Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, subjek itu diharap diperkenalkan tahun depan sebagai usaha memupuk generasi muda mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini, Jumaat, selepas merasmikan program Habitat Moment 2016 bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar terhadap isu semasa, persekitaran manusia dan perancangan alam sekitar.

Dalam perkembangan lain, Halimah menyifatkan perhimpunan Bersih 5.0 yang akan diadakan esok hanya memberikan imej buruk kepada negara, selain mengganggu aktiviti harian penghuni kota.

"Kerajaan sedia ada ini bersedia untuk mendengar... bersedia untuk melihat terhadap keperluan suara itu tetapi gunalah platform betul," kata beliau.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengklasifikasikan perhimpunan Bersih 5.0 dan Gerakan Baju Merah dirancang di ibu kota esok sebagai demonstrasi haram. 

Beliau berkata kedua-dua perhimpunan itu gagal mematuhi peruntukan undang-undang khususnya Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Menurut Khalid, persiapan rapi dilakukan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini jika perhimpunan diteruskan.-- Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain