suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Giliran Kumpulan Baju 'Oren" Bantah Bersih

SEBAHAGIAN anggota Parti Makkal Sakti memakai baju jingga sebagai bantahan terhadap perhimbunan Bersih 5, yang akan diadakan Sabtu ini di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini. - BERNAMA

PETALING JAYA: Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP), menyalahkan kumpulan Bersih atas kewujudan kumpulan Baju Merah.

Presidennya, Datuk R.S. Thanenthiran berkata, kumpulan Baju Merah ditubuhkan hanya untuk bertindak balas terhadap kumpulan Baju Kuning, yang telah tersimpang daripada objektif asalnya.

“Mereka (Baju Kuning) kini menjadi boneka yang dikawal oleh pihak pembangkang.

“Bersih 5.0 berbeza berbanding Bersih 1,2 and 3 sebelum ini. Mereka telah dipergunakan,” katanya di sidang media, pada Rabu.

Thanenthiran menjelaskan, MMSP tidak menyokong kumpulan Baju Merah yang wujud untuk membantah gerakan Bersih.

Selepas mengetuai perarakan kumpulan Baju Jingga ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Thanenthiran berkata, beliau telah membuat laporan terhadap Bersih kerana mengadakan perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan, pada 19 November ini.

Kumpulan itu juga telah berarak ke beberapa tempat di Kuala Lumpur sebelum membuat laporan polis.

“Kami berharap agar polis akan melakukan siasatan dan mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya.


Artikel Lain