suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

60 Rumah Papan Musnah Dalam Kebakaran Di Pulau Bum Bum

SEMPORNA: Empat hari selepas kebakaran yang memusnahkan 13 rumah di Kampung Ampalang di Pulau Bum Bum dekat sini, satu lagi kejadian kebakaran memusnahkan 60 rumah papan di Kampung Balembang di pulau sama berlaku awal pagi Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Fazizul Hizam Borhan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 4.10 pagi dan tiba ke tempat kejadian kira-kira 4.52 pagi.

"Seramai lapan anggota yang bergegas ke tempat kejadian mengalami kesukaran untuk tiba di lokasi tersebut. Namun dengan bantuan empat polis marin, operasi berjaya dilaksanakan dan tamat kira-kira 7.16 pagi tadi," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Menurutnya, operasi pemadaman itu menggunakan satu aliran, dua pancutan serta menerusi punca air terbuka air laut.

Katanya, setakat ini jumlah mangsa terlibat masih belum diketahui dan punca kebakaran serta jumlah kerugian sedang disiasat.-- Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain