suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Tiba Di Tokyo Untuk Lawatan Kerja

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disambut oleh pegawai-pegawai kedutaan sewaktu tiba di hotel penginapan di sini pada Selasa, untuk lawatan kerja tiga hari di Jepun bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala. -fotoBERNAMA
TOKYO: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pada Selasa untuk lawatan kerja tiga hari di Jepun bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, disambut oleh Duta Besar Malaysia di Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris dan para pegawai kedutaan sebaik tiba di sini kira-kira 7.30 pagi waktu tempatan (6.30 pagi waktu Malaysia).

Sepanjang lawatan ini, perdana menteri diiringi oleh dua menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Abdul Rahman Dahalan.

Najib dijadual mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Shinzo Abe sebelum menghadiri majlis jamuan malam di kediaman rasmi perdana menteri di Tokyo pada Rabu.

Perdana menteri juga akan menerima kunjungan hormat Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun, Hiroyuki Ishige, dan anggota Persatuan Persahabatan Anggota Parlimen Jepun-Malaysia, untuk bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama dua hala dan isu-isu serantau.

Artikel Sebelum

Artikel Lain