suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rafizi Tak Boleh Tanding PRU-14 Kecuali Sabitan Gugur - Gobind

Gobind Singh Deo.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum akan datang melainkan sabitan terhadapnya digugurkan.

"Jika terdapat sabitan dan beliau dihukum denda sehingga RM2,000 atau lebih dari setahun penjara, beliau tidak layak sebagai calon, jadi tidak boleh bertanding," kata peguam Gobind Singh Deo kepada The Star Online pada Isnin.

Bagaimanapun, Gobind berkata, Rafizi masih boleh menjadi Ahli Parlimen sehingga "sabitan tersebut tidak boleh dikemukakan rayuan sepenuhnya".

Pada Isnin, Naib Presiden PKR itu dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen kerana memiliki laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa kebenaran dan mendedahkannya kepada media.

Rafizi didakwa memiliki halaman 98 laporan audit berkenaan tanpa kebenaran, yang mana beliau telah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Beliau turut didakwa kerana mendedahkan kandungan laporan audit yang sama menerusi satu sidang media pada 28 Mac lalu, tanpa kebenaran.

Hakim, Zulqarnain Hassan membenarkan penangguhan bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan rayuan.

Artikel Lain