suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Caj Wad Kelas Pertama, Kedua Akan Dinaikkan - Subra

Dr S. Subramaniam.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan menaikkan kadar caj bagi wad kelas pertama dan kedua bermula tahun hadapan.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, caj itu akan dikenakan terhadap pesakit yang ingin menukar wad kelas ketiga kepada kelas pertama dan kedua.

Katanya, mereka masih belum membuat sebarang keputusan mengenai caj baharu itu.

Namun sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan pada Isnin bahawa caj itu akan dinaikkan sehingga 50 peratus.

Menurut Dr Subramaniam, daripada sejumlah dua juta pesakit, kira-kira 32,000 menerima rawatan di wad kelas pertama dan kedua.

Selepas rawatan di hospital, pesakit pada awalnya akan diletakkan di wad kelas ketiga dan jika mereka tidak meminta untuk dipindahkan ke wad kelas pertama dan kedua, mereka tidak akan dikenakan caj tambahan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain