suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seleweng Projek: Bekas CEO GLC Akan Ditahan Dalam Masa Terdekat - SPRM

KUALA LUMPUR: Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang disyaki terlibat dalam kes rasuah dan penyelewengan projek bernilai RM50 juta akan ditahan dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki berkata suspek lelaki yang berumur 50-an itu akan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaaan.

"Mungkin akan ditahan dalam sehari dua lagi," katanya ringkas.

Media pada Isnin melaporkan suspek disyaki memberikan projek bernilai jutaan ringgit kepada syarikat-syarikat berkepentingan.

Kegiatan rasuah itu berlaku ketika dia memegang jawatan CEO selama lima tahun bermula tahun 2010. - BERNAMA


CEO GLC, SPRM, kes seleweng

Artikel Lain