suria

Banjir Kilat Landa JB, Pontian

Laluan masuk ke HSA dinaiki air akibat banjir kilat.

JOHOR BARU: Banjir kilat melanda Johor Baru dan Pontian susulan hujan lebat dan air pasang tinggi pada pagi Isnin.

Beberapa kawasan seperti laluan masuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sepanjang Jalan Skudai dekat sini dan Pusat Dagangan Pontian di Jalan Delima 6 dinaiki air antara pukul 10.30 pagi dan 11 pagi sebelum surut.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Johor berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden itu yang berlaku selepas hujan lebat kira-kira pukul 9.45 pagi.

Menurut jurucakap itu, jabatan tersebut menempatkan beberapa anggotanya di pelbagai lokasi termasuk di laluan Stulang Laut sebagai persediaan awal untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini akibat air pasang tinggi susulan fenomena gerhana bulan penuh malam Isnin.
banjir kilat, Johor Baru, Pontian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain