suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abang Allahyarham Haron Din Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Penceramah bebas, Ustaz Ishak Din, yang juga abang kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din, meninggal dunia ketika sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 5.41 petang Isnin.

Perkara itu disahkan adik Allahyarham, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz ketika dihubungi Bernama di sini.

Menurut Abu Hassan, keadaan kesihatan abangnya yang berusia 78 tahun itu semakin merosot selepas menjalani pembedahan jantung di pusat perubatan itu pada Jumaat lepas.

"Allahyarham tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan koma selepas selesai menjalani pembedahan jantung itu," katanya.

Beliau berkata jenazah akan dibawa pulang ke kediamannya di Taman Keramat di sini malam Isnin dan disolatkan di Masjid Al-Ansar Taman Keramat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat pagi Selasa. - BERNAMA

abang Haron Din, Ustaz Ishak Din

Artikel Lain