suria

Projek Landasan Berkembar Gemas-JB Bermula Tahun Depan

Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin menyampaikan geran tanah kepada penduduk berusia 81 tahun, K. Mooniamah di Kluang. Rumahnya akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek landasan berkembar Gemas ke Johor Baharu. -fotoTHESTAR
KLUANG: Projek landasan berkembar dari Gemas ke Johor Baharu yang bernilai RM9 bilion dijangka bermula tahun depan dan akan mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.

Menteri Besar Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM400 juta untuk memulakan projek tersebut.


"Sebahagian besar daripada projek akan merangkumi kawasan dalam negeri ini dan ini pasti akan merangsang pembangunan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di sini Ahad.

Projek ini dijangka meliputi kawasan sepanjang lebih dari 250km.


Semasa lawatan itu, Mohamed Khaled turut menyampaikan geran tanah kepada 117 orang termasuk penduduk setinggan yang terlibat dalam penempatan semula bagi projek landasan berkembar dari Kg Sathiya.

Beliau mengingatkan penerima untuk tidak menjual plot tanah atau rumah yang diperuntukkan kepada mereka bagi mendapatkan keuntungan segera.

Artikel Berikut

Artikel Lain