suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengunjung Petrosains Berpeluang 'Berjalan' Di Marikh

KUALA LUMPUR: Pengunjung Petrosains kini berpeluang  merasai pengalaman berada di planet Marikh sempena Hari Muzium Sains dan Pusat Sains Antarabangsa (ISCSMD) yang berlangsung hingga 31 Disember ini.

Hari pertama ISCSMD itu dimeriahkan dengan kehadiran pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Garing, Rawang yang berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan 'berjalan' di Marikh menggunakan mesin treadmill 'Alter G' dan realiti maya (VR).

Salah seorang pelajar, Aina Adriana Muhammad Sharafi, 15, teruja kerana beliau mendapat ilmu baharu dan merasai pengalaman berjalan di Marikh pada kunjungan kali kedua ini.

“Beberapa tahun lalu, saya datang ke sini bersama keluarga.Tetapi kali ini, saya mengikuti rombongan sekolah membuatkan saya rasa teruja.

"Saya paling tak sabar untuk mencuba mesin yang membolehkan saya berjalan seperti di planet Marikh,” katanya.

Sementara itu, gurunya, Sa’diah Misran, 38, pula berterima kasih atas peluang yang diberikan Petrosains untuk pelajar SMK Garing turut serta dalam pameran itu.

“Lawatan ini telah membuka minda saya dan memberikan  idea baru untuk mempelbagaikan teknik mengajar pada sesi persekolahan tahun depan,” katanya.

Pengunjung yang hadir berpeluang mengambil bahagian dalam persembahan sains dan bengkel anjuran Petrosains.

Selain itu, Petrosains juga bekerjasama dengan National Geographic Channel dalam siri dokumentari “Mars”, yang akan disiarkan di saluran Astro 553 dan ditayangkan khas di Petrosains KLCC, pada 13 November 2016.

Buat pertama kali ISCSMD disambut di pusat sains dan muzium sains di seluruh dunia di Petrosains pameran  berlangsung di kawasan HotScience dan Space Gallery.


Petrosains, Marikh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain