Dr M Punca Institusi Parlimen Lemah - Speaker - Semasa | mStar

Dr M Punca Institusi Parlimen Lemah - Speaker

KUALA LUMPUR: Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana memansuhkan Akta Perkhidmatan Parlimen ketika berkhidmat sebelum bercakap untuk menegakkan institusi Parlimen.

Speaker Dewan Rakyat itu berkata bekas perdana menteri tersebut bertanggungjawab terhadap pemansuhan akta yang bertujuan untuk memisahkan kuasa Eksekutif, badan kehakiman dan perundangan di negara ini.

"Perkara ini seolah-olah hilang dalam resolusi mereka untuk menegakkan institusi Parlimen," kata Pandikar merujuk kepada gesaan pembangkang.

"Pada tahun 1992, apabila beliau (Dr Mahathir) berkhidmat, beliau memansuhkan akta ini yang penting bagi mana-mana institusi Parlimen di dunia.

"Mengapa? Ini adalah soalan yang Ahli Parlimen pembangkang perlu bertanya kepadanya," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Pada Selasa lalu, Dr Mahathir mendakwa bahawa demokrasi tidak lagi wujud dalam tembok Parlimen.

Dakwaan itu berpunca daripada tiga bekas anggota Kabinet sedang disiasat oleh polis berhubung ucapan mereka di Dewan Rakyat.

Artikel Sebelum

Adun, Exco Selangor 'Berperang Mulut'

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain