TH Bakal Peruntuk Subsidi Haji Lebih Tinggi Bagi 2017 - Semasa | mStar

TH Bakal Peruntuk Subsidi Haji Lebih Tinggi Bagi 2017

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) bakal memperuntukkan jumlah subsidi yang lebih tinggi untuk musim haji tahun hadapan bagi mengurangkan kos haji yang dijangka semakin meningkat.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Johan Abdullah berkata faktor-faktor pemboleh ubah seperti peningkatan dalam harga tambang penerbangan, penginapan jemaah haji dan juga perubahan harga mata wang perlu di ambil kira dalam menentukan kos haji, seterusnya menetapkan jumlah subsidi.

"Saban tahun (kos haji) akan meningkat. Harga bagi tahun 2017 tidak akan sama dengan harga tahun 2016.

"Kita masih belum kira lagi kos haji bagi 2017, tetapi saya anggarkan ada sedikit peningkatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Iqra' yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di sini, Rabu.

Turut hadir Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Terdahulu, Jamil Khir, dalam ucapannya berkata TH telah menanggung kos haji lebih RM160 juta untuk musim haji baru-baru ini bagi memastikan bayaran haji para jemaah kekal pada RM9,980 seorang.

Subsidi tersebut membolehkan jemaah Haji Muassasah terus menikmati segala kemudahan yang disediakan dengan selesa walaupun kos haji adalah tinggi iaitu RM18,890 seorang bagi musim ini.-- Bernama

Tabung Haji , Johan Abdullah

Artikel Sebelum

Amanat Dzulkifli Bukti Ketegasan SPRM

Artikel Berikut

Macau Scam: Polis Tahan 43 Warga China

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain