suria

Larangan Bercakap Mengenai 1MDB Hanya Di Parlimen - Abdul Rahman

Abdul Rahman Dahlan.

KUALA LUMPUR: Sesiapa sahaja boleh bercakap mengenai tindakan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kecuali di Parlimen, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.

"Sudah tentu, anda boleh bercakap mengenainya di luar. Silakan, kami sering mendengarnya," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pada Selasa sambil menambah tiada undang-undang untuk menyekat orang ramai daripada bercakap mengenai perkara itu..

Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata beberapa tokoh terkemuka seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal telah bercakap mengenai perkara itu untuk tempoh yang agak lama.

"Namun apabila anda pergi ke Parlimen, ada peraturan dan undang-undang tertentu.

"Apabila Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) berkata ia sub judice, maka hormatilah. Namun ia tidak bermaksud anda tidak boleh bercakap mengenainya di tempat lain," katanya.

Mengenai dakwaan Dr Mahathir bahawa Pandikar menyebelahi kerajaan, Abdul Rahman berkata Speaker hanya menjalankan tugasnya.

"Beliau di sana untuk memastikan perbahasan berlaku secara adil dan mengikut protokol.

"Apabila anda tidak gentleman, membuat bising dan melanggar Peraturan Mesyuarat, kemudian mereka akan berurusan dengan anda, ia semudah itu," kata Abdul Rahman.


1MDB, DOJ, Abdul Rahman Dahlan, Parlimen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain