suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Program Tawaran Pengurangan Penalti Jana Kutipan Cukai RM1.1711 Bilion

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM1.711 bilion telah berjaya dikutip dari pembayar cukai menerusi 'Program Tawaran Pengurangan Penalti dan Penghapusan Kenaikan Cukai' sejak ia mula dilaksanakan bermula 1 Mac hingga 31 Ogos lepas.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz (gambar) berkata jumlah itu membabitkan kutipan cukai pendapatan sebanyak RM1.407 bilion yang melibatkan 20,092 kes dan kutipan penalti berjumlah RM304 juta yang melibatkan 32,207 kes.

"Tawaran yang diberikan adalah berdasarkan peratusan dan mengikut tempoh masa," katanya ketika menjawab soalan Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) pada sesi soal jawab lisan di persidangan Dewan Rakyat, Selasa.

Shabudin ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk melanjutkan Program Tawaran Pengurangan Penalti dan Penghapusan Kenaikan Cukai yang bakal berakhir pada 15 Disember ini.

Othman berkata pada masa ini kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh program itu.

Program itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Jan lepas yang bertujuan melonggarkan pengenaan penalti kepada pembayar cukai yang tampil secara sukarela melaporkan pendapatan mereka. - BERNAMA

Cukai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain