suria

Bersih Jamin Tidak Masuk Dataran Merdeka 19 November

Gambar fail ahli jawatankuasa Bersih 2.0.

PETALING JAYA: Penganjur Bersih 5.0 berkata, ia tidak berhasrat untuk memasuki Dataran Merdeka tetapi "berdegil" untuk mengadakan perhimpunan mereka pada 19 November ini.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) berkata, mereka memberi jaminan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz bahawa mereka akan mematuhi arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai Dataran Merdeka sebagai kawasan larangan untuk penunjuk perasaan.

Menurut gabungan itu, mereka telah memenuhi semua keperluan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 bagi mengadakan perhimpunan Bersih 5.0.

Tambah Bersih, mereka mengemukakan notis 10 hari yang diperlukan di bawah Seksyen 9 Akta berkenaan kepada polis di Bukit Aman, balai polis Dang Wangi, ibu pejabat polis daerah Brickfields dan ibu pejabat Kuala Lumpur pada 28 Oktober lalu.

"Notis tersebut untuk memberitahu pihak berkuasa bahawa perhimpunan Bersih 5 akan diadakan pada 19 November dari 10 pagi sehingga 6 petang. Kita mahu menegaskan bahawa permit atau kebenaran bagi mengadakan perhimpunan.

"Tiada permit yang diperlukan untuk perhimpunan aman di bawah APA 2012," kata Bersih dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelas mereka, pematuhan Akta tersebut akan diperluaskan kepada semua konvoi yang mengedarkan risalah pada hujung minggu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain