suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda Umno Tidak Terlibat Demo Baju Merah - KJ

KUALA LUMPUR: Tiada anggota Pemuda Umno terlibat dalam tunjuk perasaan oleh kumpulan baju merah di luar pejabat Malaysiakini pada Sabtu lalu, kata ketuanya Khairy Jamaluddin.

"Tiada seorang pun daripada ahli-ahli kami terlibat dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh kumpulan baju merah. Jika ada antara mereka hadir, ia adalah atas kapasiti peribadi.

"Anda perlu membezakan antara kapasiti seseorang itu dalam sayap pemuda dan tindakannya mengambil bahagian sebagai seorang individu biasa," kata Khairy kepada pemberita.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan ditanya mengenai perhimpunan tersebut di mana beberapa ahli exco Pemuda Umno dilihat mengambil bahagian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain