suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembangkang 'Guna' Tun M

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
KUALA LUMPUR: Pembangkang yang didominasi DAP menggunakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai boneka, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno memberitahu pemberita bahawa Dr Mahathir telah digunakan oleh DAP untuk menggulingkan kerajaan.

Beliau menegaskan DAP mungkin akan mengemukakan cabaran kepada parti lain, terutamanya kepada mana-mana parti yang ingin meletakkan calon untuk jawatan perdana menteri.

"Jika parti baharu menawarkan calon mereka sebagai perdana menteri, mereka akan berdepan masalah jika mereka tidak boleh menjadi dominan.

"Adakah parti pembangkang lain akan memberikan kerusi untuk mereka (parti baharu), jika tidak, mereka akan hanya menjadi boneka yang dikawal DAP," katanya.

Ahmad Shabery turut membidas Dr Mahathir, menyatakan bahawa beliau tidak sepatutnya menuntut kebebasan.

"Ketika zamannya, apakah jenis kebebasan yang diberikan? Adakah terdapat kebebasan akhbar? Mereka yang disyaki oleh beliau telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," kata Ahmad Shabery.

Artikel Lain