suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baju Merah Sedia Berhimpun Secara Haram Jika Bersih Diteruskan

Datuk Seri Jamal Md Yunos
KUALA LUMPUR: Kumpulan Baju Merah memberi amaran kepada Bersih 2.0 bahawa mereka juga akan berhimpun secara haram jika Bersih 5 berbuat demikian walaupun larangan telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa kata Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar memberitahu pemberita bahawa Baju Merah akan melakukan apa sahaja untuk menghalang Bersih 5 diadakan pada 19 November ini.


"Saya ingin memberi amaran kepada Bersih. Persiapkan diri anda jika anda terus mahu menentang keputusan polis dan pihak berkuasa. Kami juga akan turun secara haram semata-mata untuk menentang mereka," kata Jamal.

Tambahnya, kumpulan Baju Merah telah bersedia untuk berdepan peserta perhimpunan Bersih 5.

"Kami telah bersedia secara fizikal dan mental dan kami sudah bersedia untuk menanggung apa saja kemungkinan dengan tindakan kami," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Perhimpunan Bersih 5 bakal berlangsung pada 19 November di Dataran Merdeka walaupun kumpulan itu gagal mendapatkan permit untuk berbuat demikian.

Mengenai 'demo mega' terhadap Majlis Peguam, Jamal berkata beliau mencadangkan kerajaan membubarkan ahli lembaga sedia ada dan menggantikannya dengan peguam sebenar yang ingin membantu semua orang tanpa agenda.

Artikel Sebelum

Pembangkang 'Guna' Tun M

Artikel Berikut

Artikel Lain