suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KBS Cadang Tubuh Universiti Sukan - Khairy

Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan mencadangkan kepada Kabinet untuk menubuhkan universiti sukan bagi melahirkan lebih ramai atlet dan membangunkan sukan negara.

Beliau berkata cadangan tersebut dilihat tepat pada masanya tetapi ia masih tertakluk kepada kemampuan kewangan kerajaan.

"Saya setuju (penubuhan universiti sukan). Saya akan usulkan cadangan itu kepada jemaah menteri kerana universiti sukan adalah tepat pada masanya," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat Isnin.

Terdahulu, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) yang bangun mencelah sewaktu penggulungan itu memberitahu sudah tiba masanya kerajaan menubuhkan universiti sukan di negara ini.

Khairy bagaimanapun tidak menyatakan bila cadangan itu akan diusulkan ke Kabinet.

Artikel Lain