suria

Anugerah Bugsy Kidz 2016 Pilih Tema Mesra Alam

PETALING JAYA: Memelihara alam sekitar menerusi penggunaan bahan terbuang dipilih sebagai objektif utama Anugerah Bugsy Kidz  2016 yang dianjurkan buat julung kalinya.

Menyasarkan 100,000 penyertaan, tema sama diberikan bagi setiap kategori, iaitu tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan guru.

Pengasas dan penasihat kreatif Bugsy Kidz Creative Hub, Muhammad Hamdan Mohd Yusof berkata, barangan yang digunakan peserta tidak terhad kepada kertas, botol dan plastik.

“Peserta juga boleh menggunakan barang eletronik yang sudah rosak seperti televisyen. Kita ingin tukar konsep daripada kutip dan jual, sebaliknya kita gunakan semula,” jelasnya mengenai pertandingan selama tempoh dua bulan ini.

Menurut Muhammad Hamdan, pihak yang berminat boleh menghantar penyertaan bermula dari 1 November 2016 sehingga 1 Januari 2017.

"Tempoh masa yang diberikan agak lama, kami mengharapkan produk yang berkualiti dan hasil yang terbaik daripada peserta,” jelasnya.

Menerusi pertandingan ini, setiap kategori perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan iaitu permainan bagi tadika dan sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti (projek sains) serta dekorasi bagi guru dan pensyarah.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web www.bugsykidz.com atau Facebook Bugsy Kidz.



Bugsy Kidz

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain