suria

LRA Sungai Semenyih Kembali Beroperasi

Gambar fail Loji Rawatan Air Sungai Semenyih. -fotoTHESTAR
PETALING JAYA: Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih telah kembali beroperasi, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

"Loji itu telah kembali beroperasi dan kami telah mula menyalurkan air terawat kepada kolam-kolam takungan perkhidmatan untuk pemulihan secara berperingkat sejak pukul 3.15 pagi," menurut kenyataan di laman Facebook, Sabtu.

Katanya, Syabas telah menggerakkan lori tangki air, mengaktifkan stesen lori tangki air jumbo dan pili air awam untuk membantu mereka yang terjejas sementara menunggu bekalan air pulih.

"Kami memohon maaf atas kesulitan ini dan sedang berusaha untuk mempercepatkan proses pemulihan," katanya.

Loji itu telah dihentikan operasinya pada pukul 4.15 petang Jumaat susulan pencemaran bau air sungai disyaki berpunca daripada kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan dan mengakibatkan gangguan air sementara di beberapa kawasan seperti daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.

Artikel Lain