Tiga Remaja Ditahan Sebar Mesej Berbaur Hasutan - Semasa | mStar

Tiga Remaja Ditahan Sebar Mesej Berbaur Hasutan

- Gambar hiasan
SUNGAI PETANI: Lima remaja lelaki berusia 16 hingga 17 tahun ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan berhubung penyebaran mesej palsu berbaur hasutan dan kes pergaduhan yang berlaku.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata tiga remaja lelaki berusia 16 hingga 17 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran mesej palsu menerusi aplikasi WhatsApp yang menghasut kumpulan tertentu untuk berkumpul dan bergaduh petang Khamis.

Beliau berkata mesej berkenaan mencadangkan satu kumpulan berkumpul di kawasan kilang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria, pada pukul 1.30 tengah hari esok dan membawa bersama benda tajam untuk bergaduh dengan satu kumpulan lagi.

Siasatan polis mendapati mesej berkenaan berpunca daripada salah faham kecil yang tercetus apabila motosikal ditunggang dua remaja masing-masing berusia 16 dan 17 bergesel semasa hendak keluar dari kawasan sekolah pada 19 Oktober lalu, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Muda dekat sini Rabu.

Md Zukir berkata berlaku pergaduhan pada keesokan harinya melibatkan pelajar terbabit yang kemudiannya membawa kepada satu perhimpunan di kawasan luar sekolah, kira-kira pukul 3.30 petang semalam.

"Susulan itu, polis menahan tiga remaja lelaki bagi membantu siasatan kes penyebaran mesej berkenaan, manakala dua lagi remaja lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku.

"Kelima-lima mereka direman empat hari sehingga 29 Okt ini, dan polis masih mengesan seorang lagi remaja lelaki bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Sebelum

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain