suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakar Bom Rakyat Malaysia Ditahan Di Filipina

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Filipina yang didakwa terlibat dengan aktiviti militan Abu Sayyaf.

Menurut Khalid, maklumat awal mendapati lelaki yang ditahan ketika cuba meninggalkan negara itu mempunyai kaitan dengan pejuang Islam di selatan Filipina.

"Kononnya dia ialah pakar buat bom. Jadi saya mengesahkannya bahawa dia memang rakyat Malaysia dari Kelantan. Itu sahaja yang kita tahu setakat ini.

"Dia tidak ditahan dengan bahan letupan. Apa yang kita tahu dia memang seorang penyokong kepada pejuang Islam di Selatan Filipina," katanya pada sidang media di Maktab PDRM di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan media Filipina mengenai penahanan rakyat Malaysia yang didakwa mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf awal bulan ini.

Lelaki berkenaan ditahan di bandar Maluso yang terletak dalam wilayah Basilan, Filipina.



Artikel Sebelum

Artikel Lain