suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gangguan Di Sub Stesen Punca Bekalan Elektrik Terputus Di Bangsar

PETALING JAYA: Gangguan bekalan kuasa sementara di kawasan tumpuan ramai, Bangsar pada petang Rabu disebabkan bekalan utama yang terputus di sub stesen utama Pantai, menurut Tenaga Nasional Berhad.
 

Menurut jurucakap, punca gangguan masih dalam siasatan.


"Kuasa berjaya dipulihkan secara berperingkat dalam masa tiga minit dari masa gangguan itu bermula pada pukul 6.34 petang," katanya kepada The Star Online melalui aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata bekalan kepada majoriti kawasan yang terlibat telah dipulihkan dalam masa sejam.

Walau bagaimanapun, kerja-kerja sedang dijalankan untuk menyambung semula bekalan bagi beberapa bahagian di Bangsar Village, yang masih mengalami gangguan elektrik.
bekalan elektrik, gangguan kuasa, TNB

Artikel Lain