suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rumah Terbuka MIC Batal, Hormat Insiden Kebakaran HSA

KUALA LUMPUR: Bagi menghormati mangsa dan insiden kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru semalam, MIC membatalkan rumah terbuka Deepavali anjuran parti itu yang sepatutnya diadakan Sabtu ini.

Setiausaha Agung MIC Datuk A. Sakthivel berkata keputusan itu dibuat kepimpinan parti yang sedih dan berdukacita atas kebakaran yang meragut enam nyawa itu.

"Walaupun kita telah membuat persiapan untuk majlis rumah terbuka itu pada 29 Oktober ini namun, MIC membuat keputusan untuk membatalkan majlis sambutan tersebut," katanya kepada Bernama, di sini, Rabu.

Majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC itu dijadual berlangsung di perkarangan Batu Caves.

Sakthivel berkata MIC memohon maaf atas pembatalan acara tradisi dan tahunan yang dijangka dihadiri 10,000 pengunjung setiap tahun.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi semalam, enam pesakit maut apabila wad Unit Rawatan Rapi di tingkat dua bangunan lima tingkat HSA terbakar, manakala seorang lagi pesakit berjaya diselamatkan.

Tiga kakitangan hospital itu cedera dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail.

Artikel Berikut

Artikel Lain