suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Ditahan Bantu Siasat Kes Tembak Di Balingian

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor (depan, tengah) ketika sesi bergambar sempena lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, Selasa.

KUCHING: Polis menahan tiga lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang mati ditembak di Ulu Sungai Arif, Balingian pada Isnin.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor berkata ketiga-tiga mereka adalah penduduk di sekitar kawasan kejadian.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku selepas sekumpulan lelaki termasuk mangsa dipercayai cuba memasuki kawasan kepungan yang didirikan penduduk kampung.

"Akibat kejadian itu mangsa telah ditembak dipercayai dengan menggunakan senapang patah sehingga menyebabkan kematiannya. Namun terlalu awal untuk menentukan punca kejadian.

"Ketiga-tiga mereka kini ditahan untuk proses siasatan dan proses untuk tahanan reman juga sedang dilakukan," katanya.

Mazlan turut memberi amaran supaya orang ramai tidak menggunakan laman sosial untuk mencetus dan meruncingkan keadaan.-- Bernama



Balingian, Mazlan Mansor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain