suria

Sahabat Persaudaraan Pentas Sukarelawan Kongsi Idea

Dr Zamri Noordin

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, Sahabat Persaudaraan 1 Malaysia yang menjadi pentas gabungan sukarelawan bagi golongan profesional dan pakar berkumpul dan berkongsi idea bagi penambaikan program-program kemasyarakatan yang sedia ada.

Penyelaras Sahabat Persaudaraan, Dr Zamri Noordin berkata, idea-idea dan pandangan yang dikemukan oleh sukarelawan yang dianggap sebagai Penasihat Sahabat Persaudaraan ini akan dinilai dan diputuskan secara konsensus berdasarkan undi tertutup setiap penasihat yang hadir.

"Alhamdullilah program ini berjalan lancar dengan mengumpulkan pakar-pakar dan golongan profesional yang telah mencadangkan beberapa idea dan telah dipersetujui bersama.

"Keputusan cadangan itu akan dinilai dengan segera bersama Sahabat yang lain dan selepas keputusan dicapai, kami akan  mengemukan cadangan ini secara terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," jelasnya kepada mStar Online selepas sidang media program ini.

Dalam pada itu, Dr Zamri turut menjelaskan bahawa program ini diadakan bagi mencari satu aktiviti yang lebih berkualiti untuk diketengahkan kepada masyarakat untuk mendapat manfaat dan faedah yang berganda.

"Dalam masa yang sama , kita juga berharap dapat menanam nilai murni amalan kesederhanaan dan meneruskan Konsep 1 Malaysia," jelasnya.

Program yang dianjurkan oleh Sahabat Persaudaraan Management ini dihadiri hampir 100 orang golongan pakar dan profesional dalam pelbagai bidang menyaksikan pelbagai cadangan berkaitan pendidikan dan kebajikan dikemukakan.

Sebaik sahaja cadangan-cadangan yang dikemukan itu dipersetujui bersama, ia akan diperkenalkan kepada agensi pelaksana yang berkelayakan termasuk kalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar bagi tujuan perlaksanaan.

Barisan pemerhati dr kiri: Idrus, Ismail, Abu Zahar, Mohamad dan Shirin.


Dalam pada itu, bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang yang hadir sebagai pemerhati, berkata, program ini membuktikan tujuan murni golongan profesional yang tidak berpihak kepada mana-mana parti, saling berganding bahu membincangkan dan memberi cadangan untuk kebaikan masyarakat.

"Kalau wakil rakyat dipilih oleh rakyat, program ini juga dipilih oleh rakyat berkecuali dan sanggup mengembelengkan usaha yang baik, bernas dan praktikal dalam konsep sederhana," jelasnya.

Turut hadir sebagai pemerhati ialah Datuk Ismail Kijo (Ketua Umno Bahagian Ampang), Datuk Idrus Mohd Satha (pengasas Cosmopoint dan KLMU), Datuk Mohamad Hamzah (Veteran Umno) serta Shirin Datuk Ali (Penolong Bendahari Wanita Umno Petaling Jaya Utara).

Sahabat Persaudaraan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain