suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Nafi Tahan Ratu Cantik Universe

Gambar fail Wurtzbach sewaktu beliau dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Universe 2016. Foto AFP

SEPANG: Polis menafikan berita palsu yang melaporkan Ratu Cantik Universe 2016 dari Filipina, Pia Wurtzbach ditahan di Malaysia atas cubaan menyeludup dadah ke negara ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, laporan berkenaan yang tersebar di Internet adalah tidak benar.

"Beliau (Wurtzbach) tidak ditahan. Ia adalah laporan berita palsu," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Satu artikel di sebuah portal berita yang dikongsi di media sosial, mendakwa ratu cantik dari Filipina itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana cuba menyeludup dadah seberat 10 kilogram dalam dua beg kopi ke negara ini.

Artikel Lain