suria

Nasi Lemak Anak Dara Gamat Dewan Rakyat

Perniagaan Siti Hajjar di Seksyen 7 Shah Alam mendapat sambutan ramai sejak disaman pihak berkuasa tempatan baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Kisah Nasi Lemak Anak Dara hasil usaha graduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang menjadi viral baru-baru ini menggamatkan Dewan Rakyat dalam pembentangan Bajet 2017.

Ia dibangkitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2017 dengan peruntukan RM260.8 bilion, menyaksikan peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Bajet 2016.

"Nasi Lemak Anak Dara.... kasihan, Nasi Lemak Anak Dara ini kena saman pula," kata Najib yang merujuk kepada semangat keusahawanan anak muda berusia 24 tahun dari Kedah, Siti Hajjar Ahmad.

Perdana menteri yang lengkap berbaju Melayu merah jambu mengambil kisah viral itu sebagai contoh kepada anak-anak muda untuk menjadi usahawan.

"Kita perlu galakkan usahawan-usahawan muda untuk terus berniaga," kata Najib yang merujuk kepada gerai Nasi Lemak Anak Dara yang diusahakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik UTHM, Batu Pahat di Johor itu.

Ramai yang memberi sokongan kepada yang berasal dari Sungai Petani ini kerana berniaga mencari duit tambahan sementara menunggu panggilan temuduga.

Bagaimanapun kecoh gambar Siti Hajjar dikenakan tindakan oleh Penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tersebar di media sosial.

Artikel Lain