suria

Khair Dilantik Semula KP Pelajaran Secara Kontrak

Khair Mohamad Yusof.

PUTRAJAYA: Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof dilantik semula sebagai Ketua Pengarah Pelajaran secara kontrak selama setahun, demikian diumunkan oleh Kementerian Pendidikan pada Khamis.

Pelantikan semula itu berkuasa kuasa pada Rabu selepas beliau menyandang jawatan itu sejak 8 Disember 2013 hingga bersara wajib 60 tahun pada 17 Oktober lepas, kata kementerian itu dalam kenyataan.

Sepanjang lebih 30 lebih dalam perkhidmatam awam, beliau memegang pelbagai jawatan penting termasuk timbalan ketua pengarah pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Perguruan) dari 2012 hingga 2013.

Dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah pada 1 Ogos, 1982, beliau turut menyandang jawatan timbalan ketua pengarah pelajar (Sektor Dasar dan Pembangunan), pengarah Bahagian Pendidikan Guru, pengarah Institut Aminuddin Baki dan pengarah Politeknik Sultan Abdul Haluim Muadzam Shah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain