suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Willis Pengarah Baharu JANS

Willis Mojiron Ansoi.

KOTA KINABALU: Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah, Willis Mojiron Ansoi dilantik sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Setiausaha Kerajaan negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dalam satu kenyataan pada Khamis berkata Willis, 58,  akan mengambil alih jawatan pengarah bermula Jumaat.

Willis merupakan graduan kejuruteraan awam dari Universiti Malaya.

Pengarah jabatan tersebut dan timbalannya ditahan pada 4 Oktober dan dibebaskan dengan jaminan awal minggu ini.

Sukarti berkata kedua-duanya yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes salah guna kuasa dalam agihan projek bernilai RM3.3 bilion digantung tugas berkuat kuasa pada tarikh tangkapan masing-masing pada 5 dan 4 Oktober.

Menurut notis penggantungan, katanya, kedua-dua suspek itu dilarang memasuki pejabat di mana mereka bertugas sebelum ini atau mana-mana pejabat jabatan itu di Sabah.


JANS, Willis Mojiron Ansoi

Artikel Lain