suria

Polis Siasat Kes Pelajar Dipaksa Masuk Kolam Lumpur Bersama Ular

IPOH: Polis sedang menyiasat kes sekumpulan pelajar sekolah di Kuala Kangsar yang dipaksa masuk dalam kolam lumpur bersama ular sawa, kat Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Hasnan Hassan.

Beliau berkata, pihaknya telah merakam keteangan dua individu termasuk seorang yang dipercayai merakam video berdurasi 2:49 minit insiden itu yang menjadi viral.

"Semua pihak yang terlibat dalam kejadian itu akan disiasat," katanya merujuk kepada jurulatih Angkatan Pertahanan Awam yang mengendalikan latihan itu.

Beliau berkata, setakat ini hanya satu laporan polis diterima berkaitan kejadian itu.

Pada Selasa, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Assisten Komisioner Termizi Abdul Haq berkata, polis belum menerima laporan daripada ibu bapa pelajar perempuan yang terlibat dan ketika ini sedang menyiasat laporan pegawai APM terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan video itu.

Termizi berkata, kes berkenaan disiasat mengikkut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan kemudahan dan perkhidmatan jaringan secara tidak sesuai.

Sementara itu, Pengarah APM Perak, Kolonel Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman berkata, empat jurulatih dan enam penolong jurulatih telah digantung susulan siasatan kes berkenaan.

Tambah beliau, tindakan disiplin akan dikenakan terhadap mereka dengan mengambil kira peraturan mengikut Akta Pertahanan Awam 1951.

ular, APM, Kuala Kangsar, polis

Artikel Sebelum

Bajet 2017: Kadar GST Kekal

Artikel Berikut

Shafie Tak Sokong Usul Hadi

Artikel Lain