suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

NGO Buat Laporan Polis Cadangan Solat Jumaat Pada Sabtu

KUALA LUMPUR: Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) pada Isnin membuat laporan polis berhubung cadangan seorang aktivis untuk mengadakan solat Jumaat pada Sabtu bagi memudahkan umat Islam melaksanakannya.

Badan bukan kerajaan itu membuat laporan tersebut di Balai Polis Damansara dan menggesa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat cadangan yang kini menjadi viral yang dianggap biadap dan menghina kesucian agama Islam.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata isu solat Jumaat pada Sabtu tidak seharusnya wujud kerana ia sudah termaktub dalam hukum agama.

Katanya, solat Jumaat adalah hukum yang sudah ditetapkan dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya. - BERNAMA

solat Jumaat, SAM1M

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain