suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekalan Air Di KL Pulih - Syabas

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Bekalan air di beberapa kawasan di Kuala Lumpur yang mengalami gangguan ekoran penutupan Loji Rawatan Air Langat, kini pulih sepenuhnya.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) loji tersebut ditutup akibat pencemaran bau dari Sungai Semantan, Pahang pada Jumaat lepas.

Sementara itu, bekalan air di beberapa kawasan di Klang yang mengalami gangguan sementara berikutan paip pecah di belakang Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Pin Hwa, Setia Alam Selasa lepas telah pulih sepenuhnya.

"Kerja-kerja pembaikan selesai pada pukul 11.45 malam Rabu lalu," kata kenyataan itu.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi telefon pintar 'mySyabas' atau lawati www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai bekalan air.

Syarikat itu turut merakamkan penghargaan kepada semua pengguna yang terlibat di atas kesabaran sepanjang tempoh kejadian yang di luar jangkaan itu. - BERNAMA

Syabas

Artikel Sebelum

Artikel Lain