suria

34 Cedera, Seorang Parah Bas Bawa Pekerja Asing Terbabas

TERBALIK... Keadaan bas terbalik sehingga menyebabkan semua 35 penumpang buruh binaan warga asing cedera termasuk seorang parah di Persiaran Selatan berhampiran susur Desa Pinggiran Putra pada pagi Jumaat. fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Seramai 35 pekerja asing cedera termasuk seorang dilaporkan parah apabila bas pekerja yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Persiaran Selatan di sini pagi Jumaat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Cyberjaya berkata kejadian pada kira-kira 7 pagi itu dipercayai berlaku akibat satu daripada tayar kenderaan itu pecah hingga hilang imbangan.

Bomba yang tiba di tempat kejadian pada 7.24 pagi membantu mengeluarkan mangsa daripada bas berkenaan.

"Kesemua mangsa digegaskan ke Hospital Putrajaya untuk mendapat rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi. - BERNAMA

bas pekerja, terbabas

Artikel Lain