suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja Hilang Ditemui Lemas Di Pantai Cenang

Max Ng Yik Hang.

LANGKAWI: Remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Pantai Cenang di sini Rabu, ditemukan mati lemas pada Khamis.

Mayat Max Ng Yik Hang, 18, ditemukan terdampar di pantai itu kira-kira 7.25 pagi Khamis, kata Pengarah Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Tan Kok Wee.

Mayat remaja itu dihantar ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat, katanya. 

Remaja itu dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras pada kira-kira 3.40 petang Rabu semasa berenang bersama-sama dua rakannya, Jack Fong Tai, 15 dan Sow Zu Hui, 16, di pantai itu. 

Dua rakannya itu berjaya diselamatkan oleh pengawal pantai Angkatan Pertahanan Awam. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Agong Baharu Ditentukan Esok

Artikel Lain