suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AirAsia X: Saluran Paip Minyak Bocor, Penerbangan Ditangguh

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 akan ditangguhkan hingga Rabu disebabkan saluran paip minyak di lapangan terbang itu bocor, menurut AirAsia X pada Selasa.

Dalam kenyataan, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata kejadian itu menghalang pesawat untuk melakukan pengisian semula bahan api itu di semua kawasan pintu P di lapangan terbang tersebut.

"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan. Kejadian itu berlaku semasa kerja-kerja penyelenggaraan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd.

"Sejumlah 4,564 penumpang melibatkan 14 penerbangan AirAsia X yang berlepas antara 6.00 petang hari ini dan 1.00 pagi esok akan terjejas," katanya. 

Penumpang diminta menghubungi syarikat penerbangan untuk bantuan dan maklumat lanjut di http://www.airasia.com/my/en/live-chat.page atau https://eform.airasia.com/. - Bernama

Artikel Lain