suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakar Bom Malaysia Ditahan: PDRM Tunggu Pengesahan Rasmi Filipina

Khalid Abu Bakar.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu pengesahan rasmi pihak berkuasa Filipina berhubung laporan penahanan seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia yang cuba melakukan serangan bom di negara itu. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis kini menunggu maklum balas daripada Filipina berkaitan penahanan individu yang dikenali sebagai Mohamad Amin.  

"Kita belum dapat pengesahan dari Filipina lagi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sabtu lalu, polis Filipina menggagalkan cubaan militan untuk melakukan serangan bom di tengah-tengah bandar raya Manila dalam operasi khas di Quezon City dengan menangkap Mohamad Amin pada pukul 4 pagi. 

Mohamad Amin, seorang pakar membuat bom, merupakan antara militan yang dikehendaki dan kerajaan negara itu menawarkan 600,000 peso (lebih RM51,600) bagi sesiapa yang membantu menangkapnya. 

Turut ditahan ialah pemilik rumah di mana Mohamad Amin tinggal, Bilal Taalam dan Adnan Malangkis manakala lapan lagi penyewa rumah berkenaan juga ditahan untuk siasatan. 

Polis Filipina percaya ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan kumpulan Abu Sayyaf di Sulu. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain