Jangan Benarkan Kilang Beroperasi Atas Tanah Rizab Sungai - Wan Junaidi - Semasa | mStar

Jangan Benarkan Kilang Beroperasi Atas Tanah Rizab Sungai - Wan Junaidi

Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

SHAH ALAM: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Isnin menggesa kerajaan-kerajaan negeri agar tidak membenarkan kilang sah atau haram beroperasi atas tanah rizab sungai bagi mengelak pencemaran sungai.  

Tegasnya, kerajaan-kerajaan negeri mesti berperanan lebih proaktif dalam menangani masalah kilang haram di tanah rizab sungai selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan dalam perlembagaan.  

Beliau bercakap kepada kepada pemberita di sini hari ini bagi mengulas isu pencemaran Sungai Semantan, Pahang. 

Wan Junaidi berkata, setakat ini tiga kilang di sungai itu dikesan berkemungkinan melepaskan efluen dari premis ke sungai, namun masih belum dapat dikenal pasti sama ada ia menjadi punca kepada pencemaran berkenaan. 

Pada Jumaat lepas, Loji Rawatan Air (LRA) Langat dan Cheras ditutup apabila alur keluar Sungai Serai yang menerima air dari saluran khusus di Sungai Semantan didapati mempunyai bau luar biasa, namun dibuka semula keesokan harinya kerana punca pencemaran masih belum dikenal pasti. 

Ia menjurus kepada gangguan bekalan air bagi pengguna di kawasan Kuala Lumpur, daerah Petaling dan Hulu Langat.  

Mengenai fenomena air pasang besar yang dijangka melanda minggu depan, Wan Junaidi berkata, kerja penambahbaikan ban-ban pasir sedang dijalankan sebagai persediaan mengelak banjir berulang di kawasan-kawasan pantai terlibat.

Katanya, kenaikan paras air laut itu bukan perkara luar biasa, namun benteng pasir yang semakin mendap saban tahun dilihat menyumbang kepada berlakunya banjir akibat fenomena air pasang besar. - Bernama

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain