suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Henti Buat Spekulasi Siasatan SPRM Terhadap Dua Pegawai - Musa

Musa Aman.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menasihati orang ramai agar berhenti membuat spekulasi terhadap siasatan sedang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dua pegawai Jabatan Air Sabah yang disyaki terbabit rasuah dan salah guna kuasa.

"Ini merupakan siasatan yang penting. Biar SPRM jalankan tugas mereka. Berhentilah daripada membuat kenyataan yang tiada kesudahannya dan memberikan pandangan anda mengenai apa yang berlaku," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Musa berkata, kes itu tidak harus dimainkan dalam media kerana ia boleh menjejaskan siasatan.

"Semua pihak yang berkenaan perlu memberikan kerjasama sepenuhnya supaya penyiasatan dapat dijalankan dengan cepat.

"Fokus perlu diberikan terhadap langkah-langkah untuk menambah baik proses perolehan dan sistem penyampaian secara menyeluruh," katanya.

Pada 4 Oktober, SPRM menahan pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Negeri dan merampas RM114 juta daripada mereka susulan didakwa terbabit rasuah. - Bernama

Artikel Lain