suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru Kaunseling Antara 16 Ditahan Disyaki Terlibat Kegiatan Militan - KPM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) pada Isnin mengesahkan seorang daripada 16 individu ditahan polis dalam operasi khas pada 21 September hingga 6 Oktober lalu kerana dipercayai terlibat kegiatan militan ialah seorang guru kaunseling di sebuah sekolah kerajaan. 

Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof berkata dalam hal seperti itu, Kementerian Pendidikan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana guru, kakitangan sokongan dan pelajar sekolah yang terlibat dalam kegiatan tersebut.

"KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi membendung kegiatan ini daripada menular. KPM turut ingin mengingatkan semua guru agar menjauhkan diri agar tidak terlibat dengan kegiatan militan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini. 

Beliau berkata, kegiatan sedemikian akan memberi kesan negatif kepada negara malah menjejaskan kemurnian profesion keguruan dalam kaca mata masyarakat di negara kita. 

Katanya, kegiatan seperti penyebaran fitnah menerusi media sosial dan juga aktiviti yang bercorak anti kepada kerajaan yang memerintah turut akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi sekiranya terdapat individu yang terlibat dalam kegiatan tersebut.

Pada Ahad, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah menahan 16 individu termasuk seorang warga Afrika kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pengganas dalam operasi di sekitar Selangor, Kelantan, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah, bermula 21 September hingga 6 Oktober. - Bernama

Artikel Lain