suria

Kalah Tak Halang Pei Ling Terima Jemputan Menyanyi Di China

PETALING JAYA: Kekalahan salah seorang peserta Sing! China bukan penghalang bagi Lee Pei Ling untuk menerima jemputan penyanyi terkemuka negara itu.

Anak kelahiran Pulau Pinang, Lee Pei Ling merupakan salah seorang daripada enam finalis pertandingan nyanyian realiti TV, yang berlangsung di Stadium Bird Nest, Beijing, Jumaat malam.

Pei Ling bersama mentor, Na Ying dan seorang lagi peserta dari Guangzhou, Wang Chenrui membawa lagu popular di China, Loving You Equals To Loving Loneliness.

Hanya berusia 15 tahun, Pei Ling gagal menduduki tiga tempat teratas apabila memperoleh undian sebanyak 14,227.

Mentornya, Na Ying memeluk Pei Ling dan berpesan supaya terus menimba ilmu dalam bidang nyanyian di Malaysia.

“Jika peluang masih ada pada masa akan datang, saya ingin melakukan konsert besama awak di Beijing,” kata artis tersebut kepada Pei Ling.

Dalam konsert tersebut,  pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Tinggi Chung Ling itu yang lebih mesra dikenali sebagai Jeryl, menyanyi lagu hit daripada filem animasi Frozen, Let It Go dalam dwi bahasa, Bahasa Inggeris dan Mandarin.

Selain Pei Ling,  finalis pertama dari Singapura, Nathan Hartono juga turut digemari penonton.

Namun, pemenang bagi Sing! China adalah Jiang Dunhao, berumur 21 tahun dari Xinjiang, China dan mentornya adalah Wang Feng



Lee Pei Ling, China, Na Ying

Artikel Sebelum

Artikel Lain