suria

Tiga Kapal Tentera Laut China Tiba Di Malaysia

PELABUHAN KLANG: Tiga kapal Tentera Laut Republik Rakyat China tiba di sini, Jumaat bagi lawatan selama lima hari.

Lawatan kapal berkenaan, CNS Xiang Tan, CNS Zhou Shan dan CNS Chao Hu bertujuan untuk ulang bekal dan berehat sebelum meneruskan perjalanan pulang ke China selepas menjalankan misi di Teluk Aden, Somalia.

Ketibaan ketiga-tiga kapal itu disambut oleh Pegawai Pengantara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kapten Chan Peng Cheong.

Pegawai Komunikasi Strategik TLDM Komander Ismail Othman berkata, lawatan itu merupakan satu inisiatif diplomasi pertahanan yang akan menyumbang kepada perhubungan dua hala antara TLDM dan tentera laut China.

"Semasa lawatan, beberapa program telah disusun antaranya kunjungan hormat ke atas Asisten Ketua Staf Operasi dan Eksesais Markas Tentera Laut, Laksamana Muda Datuk Ahmad Abdullah bagi bertukar-tukar maklumat serta pendapat dan lawatan pegawai kanan kapal berkenaan ke Pusat Hidrografi Nasional," katanya kepada pemberita di sini.

CNS Xiang Tan dan CNS Zhou Shan merupakan kapal jenis Frigat kelas Jiangkai ll manakala CNS Chao Hu pula jenis Type 903 kapal replenishment. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain